Abdullah silap bila tidak pecat Johari, sambung kontrak Musa
KUALA LUMPUR, 11 Julai (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi melakukan kesilapan kerana tidak memecat Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Johari Baharom dan menyambung kontrak Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Sepatutnya Johari dipecat kerana tidak menghormati pelantikan yang dibuat oleh Abdullah dan menyanggah pelantikan itu dengan membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Husam menegaskan kontrak Musa sebagai KPN pula tidak harus disambung memandangkan beliau turut sama terlibat dengan jenayah rasuah dan sepatutnya disiasat sama seperti Johari.
"Ia bukan lagi maruah Musa Hasan atau Johari. Ia maruah Abdullah dan kerajaan BN seluruhnya. Isu ini adalah satu krisis dan memerlukan sama ada Musa atau Johari dipecat atau meletakkan jawatan," ujarnya lagi.
Husam juga berpendapat bahawa apa yang berlaku antara dua orang kanan Abdullah itu telah menyebabkan kredibiliti Abdullah semakin runtuh hari demi hari.
Demikian pandangan yang diberikan oleh Husam melalui tulisan di blognya: cetusan-hati.blogspot.com, dan berikut adalah teks penuh catatan di blog berkenaan;

Kredibiliti Abdullah runtuh hari demi hari.
BN hanya bernasib baik kerana media utama dikawal sepenuhnya.
Human Capital yang dilaungkan Abdullah reput dari atas. Beliau hanya terkebil-kebil, bukan sahaja tidak berbuat apa-apa tetapi tidak berkata apa-apa, melainkan mengiyakan kereputan itu.
Ketika Timbalan Menteri dihadapkan dengan rasuah RM 5 juta kerana melepaskan tiga ketua penjenayah, siasatan dilakukan. Tiada arahan beliau untuk Musa Hasan sama disiasat seperti Johari bila isu rasuah Musa beredar di internet.
Bahkan Abdullah sebaliknya menyambung kontrak Ketua Polis Negara. Katanya, kontrak Musa disambung untuk menyempurnakan misi membenteras jenayah. Sama seperti beliau menyambung kontrak dua kali lagi kepada bekas Ketua Pengarah BPR selepas beliau menerima tiga laporan dari Pegawai Tinggi BPR sendiri mengenai dakwaan rasuah ke atas bekas Ketua Pengarah BPR tersebut.
Deria kepekaannya terhadap isu rasuah ternyata amat lemah. Kata-katanya seperti : 'Tell me the truth' dan 'Dont be apple polisher', hilang ditelan angin Monsoon Cup.
Ketika ditanya tentang laporan 600 muka (mungkin diambil dari lapan kotak besar salah guna kuasa yang pernah disebut oleh Ezam tidak lama dulu) kes salah guna kuasa oleh seorang Menteri Kanan, Abdullah selamba memberitahu beliau belum membacanya.
Isu-isu rasuah yang lain muncul satu demi satu di seluruh negara. Beliau lebih banyak tak tahu dari tahu, berpandukan jawapan PM kepada pertanyaan media. Human-human di bawah Abdullah nampaknya telah bertukar memburu capital alias money sepenuhnya. Insan-insan ini telah mengejar untuk mengumpulkan 'modal' - dan ini adalah lambang kegagalan human capital tanpa asas agama dan hitungan akhirat yang melekat dalam jiwa yang diterajui Abdullah dengan Islam Hadharinya.
Persoalan terbesar sekarang, bagaimana Abdullah akan meletakkan dirinya dalam pertembungan menentukan siapa salah antara Johari-Musa?
Polis di bawah KDN. Johari Timbalan Menterinya. Laporan BPR yang diarahkan oleh Timbalan Menteri KDN adalah tindakan rasmi. Adakah beliau telah mendapat kebenaran Menteri KDN yang juga Perdana Menteri untuk membuat laporan berkenaan sedangkan baru beberapa minggu PM melantik IGP sekali lagi?
Adakah Musa tidak perlu meletakkan jawatan selepas laporan dibuat oleh pegawai KDN sendiri? Ia adalah usul tidak percaya Kementerian Dalam Negeri terhadap Ketua Polisnya sendiri. Apa kata Abdullah jika laporan yang diarahkan oleh Johari tidak dimaklum kepada Abdullah terlebih dahulu? Bukankah ia juga bermakna Johari hilang kepercayaan terhadap Abdullah? Ia bermakna Johari sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri tidak menghormati perlantikan yang diibuat oleh Abdullah dan menyanggah perlantikan itu dengan membuat laporan ini?
Ia memerlukan Abdullah memecat Timbalannya itu.
Jika Abdullah dimaklumkan terlebih dahulu, apa bijaknya Abdullah menyambung kontrak Musa, kemudian laporan BPR dibuat. Bukankah lebih baik kontrak itu tidak disambung dan kemudian laporan itu dibuat? Bukankah itu menunjukkan Abdullah tidak teliti, tidak berani dan menyalahi keputusannya sendiri.
Ia bukan lagi maruah Musa Hasan atau Johari. Ia maruah Abdullah dan kerajaan BN seluruhnya.
Ia adalah satu krisis. Ia memerlukan samada Musa atau Johari dipecat atau meletakkan jawatan.
0 comments:
Post a Comment