Penyokong PAS tidak senang Kerajaan Kelantan beli Mercedes
Keputusan Kerajaan PAS Kelantan membeli tubuh kereta mewah jenis Mercedes untuk pegawai kerajaan negeri itu tidak begitu disenangi oleh penyokong akar umbi parti itu di Kelantan.
Seorang penyokong parti itu yang menghubungi malaysiakini untuk menyatakan rasa tidak puashatinya terhadap perkara itu, berkata kerajaan negeri sepatutnya membeli kenderaan lebih murah sesuai dengan kedudukan kewangan negeri yang paling corot di di negara ini.
“Mengapa tidak saja beli Proton Perdana yang lebih murah daripada Mercedes E280 yang berharga lebih setengah juga setiap satu? Ketika rakyat Kelantan berdepan dengan masalah kewangan, pemimpin mereka pula menggunakan kereta mewah,” kata beliau yang tidak mahu namanya disebut.
Beliau juga menyifatkan keputusan kerajaan negeri itu sebagai ‘kurang bijak’ sedangkan ia mendakwa mengamalkan konsep pentadbiran untuk rakyat.
Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Husam Musa menjelaskan bahawa kerajaan hanya meluluskan pemberian kereta Mercedes yang telah diubahsuai (recond) yang berharga RM140,000 setiap satu, dan bukannya kereta baru sepertimana yang didakwa itu.
“Kita tidak membeli kereta baru. Semuanya adalah kereta ‘recon’. Kami perlu membelinya bagi menggantikan kereta yang telah dibeli oleh pegawai-pegawai yang telah bersara yang menggunakan kenderaan tersebut ketika mereka bertugas dahulu,” katanya ketika dihubungi.
Ikut peraturan
Menurutnya lagi, langkah membeli kereta Mercedes tersebut tidak akan menjejaskan kedudukan kewangan kerajaan negeri kerana ianya dilakukan secara telus dan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak Perbendaharaan.
Ditanya mengapa kerajaan negeri tidak memilih Proton Perdana, Husam menjelaskan, walaupun kereta jenis itu lebih murah daripada kereta Mercedes yang dibeli itu, tetapi kos penyelenggarannya adalah terlalu tinggi.
“Ya, memang ia murah kira-kira RM30,000 tetapi kos penyelenggarannya adalah terlalu tinggi. Kami melalui pengalaman itu ketika menggunakan Perdana sebelum ini. Kami boleh membuktikannya,” tambahnya.
(Kereta baru Proton Perdana sedan berharga kira-kira RM99,000 manakala Proton Perdana versi eksekutif yang digunakan oleh menteri sekarang, berharga kira-kira RM180,000).
“Sebahagian besar kenderaan rasmi di Kelantan adalah jenis Proton Perdana dan kami mendapati, walaupun baru, ia memberi banyak masalah...stering, pintu, enjin dan banyak lagi. Bila minta diganti, tidak dilayan. Jadi, kami tiada pilihan tetapi terpaksa menampung kosnya.”
Menurutnya, semua aduan yang dikemukakan kepada pihak Proton – secara lisan ataupun bertulis – tidak pernah dilayan dengan sempurna.
Kereta lama
Sementara itu, sumber-sumber parti itu berkata Husam dikatakan“terpaksa’ meluluskan pembelian kereta-kereta tersebut berikutan tekanan daripada pegawai-pegawai kerajaan negeri.
“Kami diberitahu Husam tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, tetapi ianya tidak dipersetujui oleh yang lain, jadi tiada apa yang boleh dilakukannya. Tetapi kita dapat lihat pendiriannya, kerana beliau masih menggunakan kereta lamanya,” kata sumber-sumber itu.
Husam bagaimanapun enggan untuk mengulas lanjut, kerana menurutnya keputusan itu telahpun dibuat.
Husam juga mengakui bahawa beliau telah menolak untuk mendapatkan kereta baru.
“Tetapi saya diberitahu, jika saya berbuat demikian, saya berlaku tidak adil kepada yang lain. Lagi pun rumah saya tidak jauh dari pejabat, jadi tidak perlulah saya ada dua kereta. Saya lebih suka menggunakan kereta lama saya yang juga jenis Mercedes,” katanya. (Malaysiakini)

0 comments:
Post a Comment