Isu PAC: Samy Vellu didakwa hina Parlimen
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Samy Vellu didakwa telah menghina Parlimen apabila memberi amaran kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) jangan campurtangan dalam hal ehwal kementeriannya.
Timbalan Pengerusi PAC, Dr.Tan Seng Giaw berkata, menteri itu telah melanggar Artikel 77 Peraturan Parlimen yang memberi kuasa kepada PAC untuk meminta meminta rekod atau laporan serta penjelasan dari individu termasuk menteri berhubung hal ehwal kewangan jabatan atau kementerian berkenaan.
Dr. Tan membuat kenyataan balas itu sebagai reaksi kepada kenyataan Samy Vellu yang menuduh PAC campurtangan dalam urusan kementeriannya. Malah menteri itu turut mencabar Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Shahrir Samad menggantikannya sebagai Menteri Kerjaraya.
Isnin lalu Shahrir memberitahu wartawan bahawa jawatankuasa itu akan mencadangkan kepada JKR supaya berunding dengan Gerbang Perdana untuk mengurangkan pampasan tersebut berikutan pembatalan projek pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor.
Sebagai reaksi kepada kenyataan Shahrir itu, semalam Samy berkata: “Tolonglah, biarlah kementerian membuat kerja-kerjanya. PAC pun mestilah ada hadnya, ia bukan pengendali kementerian ini. Kementerian ini ada menteri dan para pegawainya.
Menteri Kerjaraya itu juga menegaskan, kementerian itu tidak "buta" untuk sewenang-wenangnya meluluskan RM100 juta yang diminta oleh kontraktor berkenaan.
"Kami bukan bodoh dan PAC pun sedar akan perkara itu. Mana-mana kontraktor pun boleh mohon RM100 juta tetapi kami tidak akan memberinya kepada mereka. Kami perlu mempertimbangkan permintaan mereka, berbincang dengan jurutera kami, melawat tapak pembinaan dan mendapatkan maklumat terperinci sebelum membuat apa-apa keputusan.
"Jika tidak, suruhlah pengerusi PAC duduk sini dan uruskan kementerian ini. Apabila beliau meluluskan apa-apa projek, kita akan melaksanakannya," kata beliau.
Sementara itu Naib-Presiden PAS, Datuk Husam Musa mengingatkan Samy jangan berlagak seperti 'raja' di negara ini dengan melenting apabila ditegur oleh PAC.
Katanya, tindak tanduk Samy itu menyalahi peraturan Parlimen dan beliau wajar dihadapkan ke jawatankuasa terpilih Parlimen kerana tindakannya itu seolah-olah menghalang tugas PAC memantau kedudukan kewangan negara.
"Tindakan Samy itu juga menunjukkan menteri itu tidak suka pada ketelusan dalam negara ini,"ujarnya. (Malaysiakini, 14/6/06)

0 comments:
Post a Comment