Tuesday, October 2, 2007

Guna dakwat diyakini tidak bercanggah hukum agama

BACHOK, 11 Julai (Hrkh) – PAS yakin cadangan menggunakan dakwat pada jari sebagai tanda seseorang pemilih telah mengundi tidak bercanggah dengan hukum agama.

Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa berkata, dakwat tersebut boleh dilekatkan di mana-mana bahagian badan yang tidak terlibat dengan wuduk sekiranya sangsi menyebabkan air tidak rata.

Menurutnya biar apa kaedah digunakan, peraturan cap jari perlu dilaksanakan secepat mungkin bagi memastikan proses pilihan raya di negara ini berjalan secara lebih telus.

Image“Namun apa yang dilihat sekarang kerajaan seperti sengaja mencari helah untuk tidak melaksanakan cadangan itu. Sepatutnya integriti pilihan raya benar-benar bersih mesti dijaga sebelum masyarakat hilang keyakinan.

“Kita bersetuju pelaksanaan ini diadakan secepat mungkin tanpa sebarang alasan,” katanya kepada pemberita ketika melawat rumah penduduk yang dilanda ribut baru-baru ini.

Beliau juga berkata, PAS akan meneruskan misinya turun ke bawah sebelum menghimpunkan rakyat di Putrajaya sebagai usaha menuntut perubahan dalam pengendalian pilihan raya dilakukan.

Oleh itu katanya, kerajaan dan Suruhanya Pilihan Raya perlu mengesahkan persetujuan perlaksanaan kaedah tersebut sebelum PAS dan Barisan Alternatif menghimpunkan rakyat di jalan raya.

Sementara itu, ketika ditanya pemberita Husam enggan mengulas sebarang kenyataan Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Sazmi Miah mengenai dakwaan kerajaan negeri meluluskan tanah kepada syarikat dari Singapura.

0 comments:

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008