Monday, October 1, 2007

Ketua, Timbalan Ketua Dan 20 Anggota Cawangan PAS Isyihar Sokong BN

KOTA BAHARU, 19 Mac (Bernama) -- Ketua dan timbalan ketua, antara 20 anggota PAS cawangan Kuala Besar di sini mengisytihar diri keluar dari parti itu dan berjanji menyokong calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN), Kijang, pilihan raya ini.

Mohamad Johari Ismail, 45 dan Abdul Manaf Mat Amin, 47, masing-masing menganggotai PAS sejak 20 tahun lepas meninggalkan parti itu kerana pemimpin negeri gagal menunaikan janji membangunkan kawasan berkenaan.

"Mereka pernah berjanji sebanyak dua kali membina sekolah agama di kawasan ini tetapi sampai sekarang tiada apa-apa yang dibangunkan," katanya kepada Bernama pada majlis pengisytiharan keluar parti beramai-ramai di sini, hari ini.

Turut Hadir calon BN DUN Kijang, Che Rosli Hassan dan penduduk kampung berkenaan yang terdiri daripada kaum nelayan.

Mohamad Johari berkata beliau merasa kecewa dan tidak percaya lagi dengan sikap pemimpin PAS Kelantan yang tidak prihatin dengan kehendak rakyat.

Katanya penyertaan mereka kepada Umno untuk menentukan masa depan yang lebih terjamin melalui perjuangan yang dilaksanakan BN.

Abdul Manaf pula berkata beliau akan bekerja keras mempastikan kawasan berkenaan dimenangi calon BN pada pilihan raya ini.

Sementara itu Che Rosli yang ditentang calon Pas Husam Musa berkata dengan sokongan pengikut PAS, harapan beliau memenangi kawasan itu cerah.

0 comments:

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008